Blues WhereHa

Gurindam Minyak HadHari!

Posted on: 22 Jun, 2008

 

 

Tak pernah ujud di lipatan sejarah

Umat Malaysia dikerah dan diperah

Berjimat bercatu kerana minyak mentah

Hadiah ‘special’  rejim Abdullah

 

Umat Malaysia dikerah dan diperah

Dengan keringat daging dan darah

Bermandi peluh di tengah sawah

Namun hidup tetap mengah

 

Dengan keringat daging dan darah

Umat Malaysia makan sekali sehari

Meski pun tekak loya nak muntah

Nak isi perut kena fikir dua kali

 

Umat Malaysia makan sekali sehari

Tangki minyak nak isi berkali-kali

Barang dah naik tak turun-turun lagi

Tengah bulan poket dah tak berisi

 

Tangki minyak nak isi berkali-kali

Perut isi hanya sekali sehari

Beras mahal tak mampu nak beli

Padah mengundi membuta tuli

 

Perut isi hanya sekali sehari

Ikat perut setengah mati

Nak jimat duit untuk anak bini

Ogos mungkin minyak naik lagi

 

Ikat perut setengah mati

Selagi BN bertakhta di hati

Umat Malaysia teguh jati diri

Berkat karamah pemimpin Hadhari

 

Selagi BN bertakhta di hati

Umat Malaysia terus terkorban diri

Sampai bila nak terus begini

Pakatan Rakyat cepat-cepatlah ganti!

 

whereha.wordpress.com

 

 

4 Respons to "Gurindam Minyak HadHari!"

Ikan jeruk si putar alam
Buah kecupu di dalam lori
Ikat perut siang dan malam
Barang naik tiap-tiap hari

Nun disana jauhnya mongolia
Geger gegok kisah Si Altantuya
Ikat perut sakih hati tak terkira
Nak buat camner dah nasib kita

Antaltuya dah kena bom mati
Tunggu pesalah nak cabut lari
Tak ada beras tak ada nasi
Balik la kampung pi tanam ubi

Minyak naik bertubi-tubi
Umum harga setahun berkali
Nak tambah lagi masjid Hadhari
Rakyat miskin makin ke tepi

Dulu Singapura dilanggar todak
Sekarang Malaysia membela kroni
Harga barang makin mencanak
Poket pak menteri makin berisi

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

layari laman web di atas. kalau rasa2 lain macam tu, pandai2 la yek…
nak puji ke..nak hentam ke..buat le apa yang patut…
anda semua mempunyai akal yang waras dan terpelajar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Statistik Blog

  • 23,530 Hits

Kalendar

Jun 2008
M T W T F S S
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Artikel Terbaik!

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog

%d bloggers like this: