Blues WhereHa

Anwar Patut Beri Kerjasama? – Ibrahim Ali

Posted on: 20 Julai, 2008

 

Tak habis-habis kemelut liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI). 2-3 hari ni kisah yang  tak sahih akan benar atau mitosnya ini asyik diulang-tayang di kaca tv. Polis kata begitu, Anwar kata begini. Polis kata begini, Anwar pula kata begitu. Pening. Siapa yang pening? Rakyatlah! Walaupun orang ramai tahu ia adalah konspirasi, tapi kalau berhari-hari provokasi ini digerakkan, takkan pula tak ada rakyat yang goyah? Sementelah pula pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tak ada isu sejak kebelakangan ni, dek tenggeloleh isu liwat yang maha kontroversi ni.

Sekonyong-konyong pulak hari ni terpampang kenyataan Dato’ Ibrahim Ali di laman web malaysiakini.com. (http://malaysiakini.com/news/86443) Beliau mencadangkan Anwar beri kerjasama terhadap siasatan pihak polis. Buat ujian DNA. Panggil doktor peribadi Anwar untuk melihat sendiri proses ujian DNA tersebut. Aik? Gitu pulak Brahim ni. Saya tak lah menyokong atau membangkang cadangan Brahim. Brahim pun bukan calang-calang orangnya. Kalau tak sungguh, takkan dia kata. Cuma dalam hal ni, kedua-dua tindakan yang bakal diambil oleh Anwar ada pro dan kontranya. Ada untung dan ada ruginya.

Andai Anwar beri kerjasama, tampaklah keberanian sejati Anwar. Berani kerana benar, kata Brahim. Dah tentu rakyat akan bersorak gembira kalau ujian DNA itu dapat membuktikan Anwar tak bersalah. Dan pemimpin UMNO pasti resah dan makin bertungkus-lumus mencari idea baru untuk membunuh karier Anwar.

Tapi…kalau betul sampel DNA Anwar dimanipulasi oleh pihak polis? Saya tak nak menuduh polis akan melakukannya. Polis bertindak mengikut arahan ketua kepada polis. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Macam-macam boleh dibuat. Siapa lebih pandai dia akan berjaya. Nak-nak pulak kalau ada kuasa.

Kalau Anwar tak buat ujian DNA? Haaa…ni pun susah jugak. Saya keliru. Rakyat pun keliru. Mungkin rakyat tak akan menganggap Anwar benar-benar meliwat. Sebab kes yang dulu pun tak dapat dibuktikan. Tilam yang diusung dulu pun dah ditanam entah di perkuburan yang mana. Tapi tindakan ini tentu mengundang provokasi polis. Tak mustahil lambat-laun Anwar akan kena tangkap juga. Kalau kena tangkap, tak jadi PM le Anwar. Hanya jadi Prisoner of Malaysia ajelah.

Betul jugak kata sepupu saya dan Mufti Perlis. Calon PM yang terbaik buat masa ini ialah Tuan Guru Dato’ Nik Aziz. Bukan nak menidakkan kredibiliti Anwar. Tapi Tuan Guru imejnya lebih sesuai. Tak ada kes, tak ada skandal, tak ada rasuah, tak ada kroni, tak ada liwat. Tak pening kepala. Ulama’ pulak tu. Lebih Islamik. Masyarakat pun lebih senang nak terima. Baik Melayu, Cina mahu pun India.

 whereha.wordpress.com

2 Respons to "Anwar Patut Beri Kerjasama? – Ibrahim Ali"

apa apa pun.. aku cukup setuju jikalau anwar jalani ujian DNA walau yg ke100 sekalipun..
dan aku setuju kerajaan sekarang memerintah sampai bila2 pun..
aku jugak tak kisah samada minyak turun atau minyak tak naik..

dengan syarat..

sekiranya pemerintahan sekarang dipimpin oleh
YAB T.G.D.N.A.A.N.M.

parti sekarang yg memerintah adalah parti P.A.S

idak pun U.M.N.O diambilalih sepenuhnya oleh P.A.S

paling setuju sekiranya semua harta kekayaan pemimpin keparat sekarang 10%nya dibagi kat aku dan selebihnya dibahagikan samarata pada semua rakyat tak kira samada ianya rakyat yg beragama islam ataupun yg tidak bukan beragama islam.

weyy! kenapa aku punyer kepala letter nickname aku letak uruf kechik bila post jadik uruf besar arrrr..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Statistik Blog

  • 23,530 Hits

Kalendar

Julai 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Artikel Terbaik!

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog

%d bloggers like this: