Blues WhereHa

Buang Melayu, Tegakkan Islam!

Posted on: 31 Julai, 2008

 

Salam kembali…

Jika anda menjenguk ke laman ini, http://nikabduh.wordpress.com, anda akan memperolehi sedikit sebanyak intipati yang berguna bagi merungkaikan simpulan yang wujud di benak dan kepala anda. Hasil nukilan anakanda Mursyidul Am PAS ini, Sdr. Nik Abduh bukan sebarangan nukilan. Gabungan antara nas dan bernas pemikiran menjurus kepada satu pemahaman yang mendalam. Sekaligus menyuntik ketajaman pemikiran dan keteguhan iltizam untuk membuat penilaian ke atas isu-isu berbangkit yang selama ini  mengkucar-kacirkan koloni Islam sejagat.

Umum mengikuti perkembangan isu muzakarah, muqabalah, bubar parti antara PAS dan UMNO sehingga membawa kepada kedangkalan kenyataan Karpal Singh, hingga mencetuskan kesinambungan imej buruk DAP. Lantas peluang ini dimanfaatkan oleh media perdana dengan hebahan menyeluruh tentang keretakan hubungan komponen Pakatan Rakyat. Mujur PKR berdiam diri dan hanya fokus tentang Anwar Ibrahim. Paling menggelikan hati bila UMNO tanpa disedari telah membuka pekung di dada dengan tawaran-tawaran melulu untuk membentuk kerajaan campuran PAS-UMNO di Perak dan Pahang. Gelojoh sungguh…

Saya bukan hendak menyokong tulisan Nik Abduh semata-mata kerana saya mengaguminya atau kerana menjadi kenalan rapat kepada beliau. Anda boleh teliti dan hayati sendiri mesej yang ingin disampaikannya. Dalam konteks muqabalah cadangan ayahandanya, beliau mengutarakan nas-nas yang saya sendiri tidak berapa mengetahuinya. Maklumlah, baca Quran tapi maknanya tak faham. Nak jenguk terjemahan jarang sekali dek sibuk dengan hal-hal duniawi. Huk..huk…

Menyingkap tulisan Nik Abduh, disebut jua olehnya tentang peri pentingnya mencari jalan untuk berdamai, walaupun dengan musuh. Inikan pulak sesama Islam. Inilah kebaikan Islam. Ada garis perdamaian dalam Islam yang boleh dijadikan panduan. Kenyataan Tok Guru untuk membubarkan parti PAS dan UMNO lalu menubuhkan parti baru berlandaskan Islam, memang sengaja diucapkan. Tujuannya, untuk melihat sejauh mana kesediaan UMNO untuk bersatu demi kepentingan Islam. Ingat, UMNO mahu bersatu demi kepentingan orang Melayu dan Islam! Ada bezanya. Jika mahu bersatu, UMNO mesti mengenepikan kepentingan orang Melayu kerana kepentingan orang Melayu tidak wujud dalam skop perjuangan Islam. Maksudnya kepentingan orang Melayu bukan objektif Islam diutuskan ke dunia! Rasulullah SAW sendiri menyatupadukan bangsa Arab dengan Islam, bukan dengan semangat Arabisme!

Menyatupadukan umat Islam harus dimulakan dengan menyatupadukan akidah. Keyakinan terhadap Allah SWT pencipta alam semesta dan segala hidupan di dunia. Keyakinan tentang pahala dan dosa. Keyakinan tentang syurga dan neraka. Keyakinan tentang rahmat dan laknat. Keyakinan tentang adanya hari akhirat. Akidah ini akan mengubah cara hidup kita, keluarga kita, jiran tetangga kita, remaja kita, masyarakat kita, sistem kehakiman kita, sosio-ekonomi kita, dan kuasa kerajaan kita ke arah cara hidup yang terbaik dan diredhai Allah SWT.

Islam dijadikan Allah SWT untuk semua. Dan kerana itu slogan PAS adalah PAS For All! PAS mendokong perjuangan Islam untuk semua bangsa atas dasar keadilan Islam. Tiada PAS, Islam tetap ada. Islam tak mati. Kita yang mati. Islam tetap hidup hingga ke hari Kiamat!

Cadangan Tok Guru adalah salah satu jalan perdamaian yang dicari-cari. Cadangan untuk memulakan permuafakatan umat Islam demi mendaulatkan Islam. Pada masa yang sama sebagai ujian untuk menyelongkar keikhlasan UMNO terhadap usaha menjamin kepentingan dan masa depan umat Islam. PAS tidak akan bergabung dengan UMNO selagi UMNO masih berselindung di sebalik kepentingan Melayu. Jalan perdamaian sudah tersedia. Mengorbankan kepentingan Melayu dan ditegakkan prinsip Islam sebenarnya akan menggandakan kesejahteraan kepada semua termasuk bukan Islam. Buang Melayu, tegakkan Islam, selamat dunia dan akhirat!

whereha.wordpress.com

3 Respons to "Buang Melayu, Tegakkan Islam!"

Artikel ini cukup menginsafkan ambo selaku Hamba Allah.

Kalau betul suku-suku mereka memperkatakan Melayu adalah penting. Maka, dimana bahasanya? dimana adat budayanya? dimana Islamnya? yang ada cuma tepak sireh, itupun dimuzium yang kekurangan pengunjung.

Kembalilah kepada Ketuanan Islam, yakinlah Islamlah yang berupaya menyelamatkan kita semua termasuk Melayu, Cina, India, Siam, bumi sabah dan sarawak. Maka dengan itu, kita dapat hidup aman damai bersama tanpa wujud prasangka.

Assallamualaikum
Seperti saudara saya juga telah ke blog Ustaz Nikabduh. Pengenalan Us. Nikabduh ini terungkai apabila saya ke TKO pada minggu yang lepas dan dari situ saya terus ke blognya.
Cara penulisannya dan tidak salah saya katakan, ciri ciri TGNA memang tepat berada di orang yang betul. Anak beliau sendiri, Nikabduh. Dengan gaya tulisan yang sungguh teliti dan “subtle” membuatkan saya membaca semua entrinya dari pemulaan Jun 2007, jika tidak silap saya.
Seperti juga TGNA, maksud tertentunya apabila mengistiharkan hudud dan qisas adalah untuk memberi “final examination” kepada UMNO dan pada semua parti umumnya, bahawa PAS tidak akan bertoleransi “where Islam is concern”. No Compromise.
Cara keunikan TGNA yang tidak pernah terlintas oleh UMNO menyebabkan UMNO sesak nafas kerana hukum hukum yang mahu dipratikkan oleh TGNA adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat UMNO berkompromi. “He deliberately did it and in a very dimplomatic manner”.
Alhamdulillah dan insyallah, Nikabduh akan mewarisi sikap TGNA yang amat saya kagumi ini dan insyallah juga Negara kita akan lebih makmur dan diberkati dengan pemimpin pemimpin yang beriman dan bertakwa.
(Maaf, panjang pulak)
Wassallam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Statistik Blog

  • 23,530 Hits

Kalendar

Julai 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Artikel Terbaik!

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog

%d bloggers like this: