Blues WhereHa

Archive for Julai 2008

 

Assalamualaikum buat teman pembaca…

Jam 10.26 malam.

Saya seperti rakan-rakan yang lain semestinya baru selesai menonton debat istimewa di antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Ahmad Shabery Cheek. Nak kata menarik..tak jugak. Bukan kerana orang yang berdebat tak popular kerana mustahil kita tak mengenali Anwar Ibrahim. Kalau Shabery tu munasabah jugak kalau tak kenal.

Tak menariknya debat tadi kerana Shabery kurang mengutarakan hujah berpandukan dasar kerajaan dan kadangkala tidak menjawab soalan. Umpamanya beliau tidak menjawab soalan daripada Zulkifli Sulong, malahan hujahnya meleter kepada peribadi Anwar. Dalam debat sebentar tadi, kita dapat melihat betapa Anwar diserang. Pada saya, serangan yang teruk! Serangan yang seolah-olah membuka kelemahan silam Anwar. Isu IPP umpamanya kerana Anwar adalah Menteri Kewangan yang mengasaskan IPP pada masa itu. Begitu juga isu AUKU semasa Anwar menjawat Menteri Pelajaran.

Memang serangan Shabery terhadap Anwar sangat tidak enak dan menusuk gegendang telinga saya. Saya tak marah, cuma geram. Saya memang menjangkakan Anwar akan terkena cubit-cubitan yang kemungkinan mengaibkan dirinya. Shabery seolah-olah ingin mengambil kesempatan mengaibkan Anwar, mengkritik tindakan Anwar berdemonstrasi sejak dulu sampai sekarang. Paling hebat meletakkan kesalahan kerajaan zaman Tun Dr. Mahathir ke bahu Anwar. Dan Anwar digambarkan seolah-olah berkentut busuk tapi tak berbunyi. Apatah lagi dalam siaran langsung! Serangan peribadi ke atas Anwar dilepaskan secara LIVE and LOUD! Untuk tontonan seluruh umat Malaysia!

Namun begitu, saya melihat ada keuntungan daripada bebelan Shabery tadi. Setidak-tidaknya saya percaya ada di kalangan kita yang muak dengan bebelannya yang merapu-rapu dan tak jemu-jemu memalukan Anwar. Mujur malam ini Anwar fokus pada kandungan hujahnya. Hujahnya tenang dan jelas. Memang amat bertepatan kerana topiknya ‘Hari Ini Jadi Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun!’ Hujah yang berkaitan dengan topik, dengan matlamatnya yang fokus, membangkitkan pengisian yang teratur lalu didengar dengan penuh minat dalam suasana yang ilmiah. Sekaligus membuka jalan dan harapan baru untuk rakyat, termasuk saya sendiri.

Saya akui kehidupan saya agak terjejas dengan kenaikan harga minyak yang mendadak ini. Anda pun mungkin serupa. Jadi Anwar Ibrahim dan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat memikul masalah kita dan berjuta-juta lagi rakyat yang lain.

Terima kasih Anwar!

Dan kepada Dato’ Ahmad Shabery Cheek, teruskanlah usaha anda menjadi menteri yang menjaga kepentingan Petronas dan Kerajaan Barisan Nasional. Dah memang itu tugas anda!

whereha.wordpress.com

Video Debat Dato’ Seri Anwar Ibrahim v Dato’ Ahmad Shabery Cheek

 Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Part 6

 

Part 7

Part 8

 
PKR melahirkan kekecewaan berhubung perubahan saat-saat akhir program debat isu kenaikan harga minyak antara penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek malam ini.Debat yang asalnya dijadual sepanjang 90 minit kini dikurangkan kepada sejam, termasuk lapan minit iklan, kata ketua penerangannya Tian Chua.Beliau juga kecewa dengan keputusan menukar saluran televisyen kepada TV9, asalnya TV3, yang belum mempunyai liputan menyeluruh.Bernama TV dan Astro Awani akan turut menyiarkan siaran langsung debat “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak” mulai jam 9 malam ini.”Apa yang mengecewakan lagi ialah, disebabkan oleh pertukaran stesen penyiaran dari stesen kerajaan kepada stesen swasta, masa penyiaran telah dikurangkan dari satu jam setengah kepada 52 minit ditambah dengan 8 minit iklan,” kata Tian dalam satu kenyataan.”Pertukaran stesen penyiaran dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang jarang ini bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.

“Tindakan ini timbul tidak lain daripada rasa takut BN untuk berhadapan dengan Anwar dalam isu yang menjadi perhatian semua rakyat.”

Bagaimanapun, tambahnya, Anwar akan tetap menghadiri program debat tersebut anjuran Agendadaily.com yang diadakan di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dipetik dari www.malaysiakini.com

 

Bahasa Melayunya : Pilihan Raya Blah Blah Blah !!! Ntah sapa la punya keje ni. Rasanya video ni dah wujud di zaman PRU 12 Mac lalu. Tapi dah orang kasi video ni kat saya, so saya letak aje le link kat bawah ni. Mungkin ada yang dah tengok, mungkin jugak belum tengok. Mungkin jugak ada yang nak tengok lagi berulang kali sampai Box Office. Semoga terhibur!

p/s : Satu lagi produk buatan Malaysia! Malaysia Boleh! Siapa penyanyinya? Tidak diketahui. Harap-harap bukan orang yang londeh seluar masa PROTES TURUN 678 Ahad lepas! Heh heh heh!

whereha.wordpress.com

 

Setelah lama bertahan, akhirnya hari ini saya dilanda demam. Bukan demam EURO sebab EURO dah habis seminggu yang lepas. Tapi demam tubuh badan. Kadang-kadang kenalah demam sekali-sekala. Takkan la nak sihat selalu, ye tak? Bila pergi klinik, doktor ambik darah. Risau pulak rasanya. Nasib baik result darah saya tak menunjukkan apa-apa jangkitan. Kot-kot le terkena denggi! Na’uuzubillah…

Memandangkan saya tinggal di pangsapuri kos rendah, jadi saya cukup gerun dengan penyakit denggi ni. Dulu pun dah pernah kena. Masuk wad jugak 2 hari. Last-last saya mintak kat doktor nak balik rumah. Sebab cara merawat jangkitan awalnya mudah. Selepas dimasukkan air garam ke dalam darah, saya cuma perlu minum air suam banyak-banyak.

Yang menariknya, masa nak bayar bil klinik. Terkejut beruk saya. Bil ubat-ubatan saya mencecah RM 74.00. Mak oii?!! Mahalnya! Memang mahal! Barangnya? Sebotol ubat batuk, ubat kumur, dan tiga paket paracetamol. Walaupun kos perubatan saya ditanggung oleh syarikat majikan saya, bukan itu soalnya. Kosnya memang mahal. Terfikir jugak saya, macam mana la bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang bekerja sendiri? Syarikat saya sendiri pun hanya menanggung kos setakat RM50.00. Bagi saya, Alhamdulillah! Tapi bagi mereka? Tanggungan sendirian berhad!

Saya tidak menyalahkan pihak klinik kerana meletakkan harga yang tinggi. Mereka terpaksa membeli ubat-ubatan daripada pembekal. Anggapan saya, kos pengangkutan yang melambung tinggi. Yelah, kan harga minyak dah naik. Takkan kos pengangkutan masih sama. Ubat-ubatan sendiri pun ada yang dihasilkan daripada petroleum. Dah meningkat pulak kos pembuatan ubat!

Golongan yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri terpaksa bersakit-sakit dan berpengsan-pengsan kerana tak mampu nak bayar kos perubatan. Nak makan pun belum tentu, inikan pulak nak jaga kesihatan. Sudahnya, terpaksalah tak pergi klinik walaupun kesihatan dah tahap kronik. Nak jimat. Yang penting anak bini mesti disuap dulu. Kalau jatuh sakit pun bukannya ke mana, paling kurang pun jadi arwah aje le.

Apa-apa pun, inilah bahana kenaikan harga minyak! Memang betul kata PM Abdullah dan TPM Najib. Harga minyak negara kita masih murah berbanding negara-negara lain. Nyawa rakyat pun turut jadi murah kerana tak mampu nak menanggung kos perubatan sendiri!

whereha.wordpress.com

 

 

 

 

Video ni adalah susulan daripada video blog sepupu saya. Saja je saya selitkan. Ntah sapa la yang memandai-mandai buat video ni. Tapi memang sesuai video dengan lagunya. Jangan lupa untuk klik link sepupu saya: http://smallvillage.wordpress.com/2008/07/09/adakah-engkau-seorang-lelaki/

Selamat berhibur!

whereha.wordpress.com


Statistik Blog

  • 23,691 Hits

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog