Blues WhereHa

Hentikan Laga-Melaga!

Posted on: 2 Ogos, 2008

 

Saya ada terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar (MSO) bertajuk “Maklumat Eksklusif: Ada Usaha Pujuk Hadi Ganti Nik Aziz” di laman blognya http://msomelayu.blogspot.com/2008/08/maklumat-eksklusif.html. Tidaklah terlalu menggemparkan kerana saya sudah biasa dengan gaya penulisannya. Namun untuk artikel beliau yang satu ni, terasa pedih juga di ulu hati. Anda boleh klik URL di atas dan boleh cuba memahami sendiri mesej yang ingin beliau sampaikan.

Sebagai individu yang berprinsip tidak berpihak pada mana-mana parti politik, saya akur dengan pendirian sebegini. Tidak menjadi masalah jika tidak mahu menonjolkan diri sebagai penyokong PAS, UMNO, atau PKR. Malah kita bebas untuk bercakap-cakap mengenai pandangan di mana-mana kedai kopi atau restoran-restoran waima di mana-mana sekalipun.  

Namun sebagai penulis yang mempunyai pengaruh, artikel yang ditulis sudah semestinya menjadi perhatian umum. Oleh sebab setiap pembaca juga mempunyai pandangan dan idea masing-masing, maka penulis akan terdedah kepada sokongan dan kritikan tertentu. Itulah kenyataan yang harus diakui oleh penulis. Usahkan penulis, Perdana Menteri sekalipun terdedah kepada pelbagai pro dan kontra dalam setiap tindak-tanduk dan keputusan yang diambil. Itu kenyataannya!

Seperti penulis, pembaca juga terkesan dengan setiap artikel yang dibaca. Maka penulis harus bertanggungjawab di atas setiap patah tutur bicara dan mesej yang sampai kepada pembaca.  

Merujuk kepada artikel di atas, sukar untuk diterima. Penulis yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik boleh melontar sebesar mana pun idea yang ingin dikeluarkan. Namun, kita harus balik kepada asasnya. Apakah asasnya? Sebagai seorang Islam, maka hukum Islam adalah hukum yang wajib kita ambil sebagai pedoman. Melaga-lagakan individu tertentu adalah suatu perbuatan yang dilarang dalam Islam. Apatah lagi dengan tindakan sebegini mendatangkan faedah kepada yang menyebarkannya.

Bukan ingin memuji Tuan Guru Mursyidul Am PAS, tetapi adalah wajar kita mencontohi keperibadian beliau. Saya tidak pernah mendengar lidah beliau terkumat-kamit memburukkan mana-mana individu tertentu. Tambahan beliau sendiri telah menegur segelintir media massa agar tidak menzahirkan keaiban sesama Islam mahu pun bukan Islam.

Mungkin ada segelintir daripada kita tidak berpuas hati dengan situasi-situasi tidak enak yang menjengah kancah politik di tanahair kita ini. Namun kita harus berhikmah dalam menyampaikan suara hati. Satu-satu teguran ada kaedahnya. Pilihlah cara yang terbaik. Harus diingat, setiap tindakan kita di dunia akan dihitung walau sebesar zarah. Jika kita membuka keaiban orang lain, ingatlah bahawa di suatu masa aib kita juga akan dibentangkan seluas-luasnya. Kalau tidak sekarang, Allah SWT akan melunaskannya di hari Mahsyar kelak.

Saya bukan bermaksud memberi teguran ini kepada MSO semata-mata. Masih ramai di kalangan kita yang kadangkala tersilap dalam tindak-tanduk kita, termasuk saya sendiri. Seharusnya kita muhasabah diri dan renungi kedangkalan dan kecetekan ilmu yang kita miliki.

Kepada MSO, saya mohon maaf di atas teguran ini. Apa yang saya cuba sampaikan hanyalah dengan tujuan yang baik sebagai saudara seagama.   

whereha.wordpress.com

12 Respons to "Hentikan Laga-Melaga!"

aku dah 2-3ari dah dok sakit ati ngan menatang penulis ni.. kt blog2 umno rata2 ader artikel dia ni.. tp aku jumpa kt mykmu….
saper penulis dan sumber asal artikel tu whereha?
umno mmg kalut dah skrg.. muqabalah ngan PAS x berjaya.. dibuat plak pitnah camnie.. sengaja nak porak perandakan PAS..

wa memang benci kat MSO coz dia ni nampak munafik , depan umno sokong umno depan PAS sokong Pas depan anwar sokong anwar , MSO ni dia rasa articlenya bagus tetapi kadangkala haprak !! TAKBIR HIDUP PAS

tUKAR WORDING MUQABALAH KEPADA ‘MENGGELABAH’…MENGGELABAH UMNO DENGAN PAS…TUTUP BUKU…ITU URUSAN DALAMAN ……

Assallamualaikum
Jujur saya katakan, “this is a free country” dan kita boleh berbuat sesuatu dengan citarasa kita TETAPI ada batasan nya. Kepada mereka yang berugama Islam, batasan batasan tersebut bolehlah dirujuk di dalam Al Quran.
Apabila kita bercakap atan menulis melalui saluran saluran yang boleh digunapakaikan oleh semua, kita mesti beretika apatah lagi seseorang yang berugama Islam, walhal mereka mereka yang “non-muslim” pun jarang kita dengar mentelagahkan sesama mereka. Penulis blog tersebut tidak sedar atau sengaja tidak sedar bahawa Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang adalah dikalangan pemimpin pemimpin PAS yang beriman dan bertakwa. Keakraban mereka berdua tidak akan dapat di gegarkan dan direngangkan sewenang-wenang nya. Hatta kalau pemimpin pemimpin atasan susah untuk direngangkan, usahlah risau saudara saudara PAS, kita pun tidak akan dapat mereka rengangkan.
TGNA tidak ada setandingnya lagi, itu pendapat saya. Kita akan senantiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya akan ada gantinya. Penulis blog tersebut sengaja menulis hal sebegini mungkin ada sebab tersendiri, tetapi sebab tersendiri yang tidak baik itu, simpan sahajalah sendiri.
Wassallam

salam,

MSO ni ada menulis di blog dia sya copy paste kat sini..

Kata seorang penjenguk bernama Hakime: Saya cuma terasa pelik dengan saudara (MSO), kekadang saya rasa seperti saudara pro pembangkang tapi pada masa yang sama saya rasa saudara pro kepada pihak pemerintah.
Ulasan saya: Itulah saya!

Perhatian: Kepada penjenguk yang mahu memberi komen atau teguran peribadi kepada saya, sila gunakan nama sebenar atau samaran. Nama Anonymous tidak akan saya layani bahkan saya tidak akan langsung membukanya – MSO.

, tp sya sebagai rakyat biasa dia tidak mempunya pendirian, senang cakap LALANG lah, tp tak per org mcm ni sekadar mengejar duit je, bila nampak org ramai sokong ni, dia sokong bila kat sana plak, dia sokong sana..

so paham2 sudah ler, kekadang tgk muka pun menyampah, sebab sya tak suka org dok kat tgh2.. tp sibuk nak tulis ttg politik sedangkan.. dia tak memihak pd sesape..
pendirian tak tetap…
LALANG LALANG

Tak KAn tak kenal lagi si munafik MSO tak pakai ni..jenis suka kritik orang.sebenarnya mso ni lah pemecah belah dalam pAS.tapi dia ni jenis Keras keng (loghat Kelate).Kata lah ape saja pada dia,dia akan jawab semuanya.Tak pernahpun dia nakm mengaku salah atau meminta maaf pada musuhnya.Tok Guru Pernah sindir dia pasal Husam.Dias buat Ndak je… siap dengan jawab pula tu dalam blognya seolah-olah dia lebih tahu dp tok guru..

hati-hatilah pemimpin2 Pas yang selalu sembang2 dengannya.Sebenarnya si munafik MSO ni saja nak cari rahsia dalaman.Kalu dia Betul2 faham tentang perjuangan Islam dah lama dia bersama dengan kepimpinan Ulamak..Bukannya merosak perandakan kepimpinan ulamak.

hati-hati semua dengan munafik yang hati busuk ni…

[…] whereha.wordpress.com […]

Belaga ayam pun berdosa.

ikut demo la kuba demo…

asal jange make ruput ore.

do you know any information about this in english?

dear londra,

sorry. i just wrote the article above based on my opinion and as a reaction to the related blogger. if you do understand malay, why don’t you type an english version of the article and publish it in your own blog?

i wish i could do so, but i don’t have much time lately. soon, maybe!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Statistik Blog

  • 23,530 Hits

Kalendar

Ogos 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Artikel Terbaik!

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog

%d bloggers like this: