Blues WhereHa

Apa Kata MSO?

Posted on: 4 Ogos, 2008

 

“Di sini saya tidak akan memberi reaksi kepada tiga pengomen fantik yang dibuat di bawah artikel berkenaan. Komen begitu sudah biasa bagi saya, macam tea tarik kadang-kadang sudah hilang kelazatannya! Saya menerimanya lebih daripada apa yang diluahkan itu sejak berdekad lalu. Komen seperti itu saya anggap datangnya dari kumpulan Badak Air.

Mengenai pandangan artikel dalam blog berkenaan saya rasa penulis itu tidak dapat memahami apa yang hendak disampaikan dalam artikel berkenaan. Mesejnya tidak dapat dihayati. Mungkin kerana beliau terlalu sayang kepada tokoh itu dan juga Pas!

Penulis itu hanya melihat pada permukaan saja, kerana itulah dia nampak saya semacam hendak melagakan pemimpin tertinggi Pas itu. Saya berharap kalau boleh penulis berkenaan membaca sekali lagi dan hayati betul-betul apakah yang tersurat di sebalik artikel saya itu. Baca dengan mata hati politik bukan dengan mata zahir!” – Selanjutnya, sila klik http://msomelayu.blogspot.com/2008/08/sebelum-lena.html

 

Saya hormati pendirian MSO.

Cuma soalan saya, siapakah yang dimaksudkan beliau sebagai kumpulan BADAK AIR? Adakah saya, yang menulis artikel berkenaan? Atau pun mereka-mereka yang memberi komen dalam keadaan lepas geram tanda tidak bersetuju dengan pandangan beliau? Mungkin benar kita yang tidak bersetuju dengan pandangan MSO adalah orang-orang yang tidak memahami mainan politik tingkat tinggi sepertinya. Kita cuma badak air yang hanya tahu berendam di lumpur atau sungai sambil menganga-ngangakan mulut seluas-luasnya tanpa sebab!

Memang MSO merupakan orang lama dalam bidang penulisan politik. Saya pun ada membaca beberapa buku karangan beliau. Antara yang paling saya minati ialah ‘Hikayat Tok Guru Dan Tiga Abdul!‘.

Siapa di kalangan anda yang memerhati politik Malaysia dengan mata zahir? Jika demikian, saya membuat kesimpulan bahawa anda peminat setia Buletin Utama atau Utusan Melayu. Jika anda melayari blog-blog untuk menghayati maklumat dan pandangan terkini politik tanahair? Takkan saya perlu memutuskan anda dari kategori yang mana satu? ‘Hanya Allah Yang Benar-Benar Memahami Diri Anda’.

Sebagai seorang novis dalam memerhati gerak-geri politik, saya hanya dapat menjangkakan isu pujuk Tuan Guru Haji Hadi menjadi Mursyidul Am PAS menggantikan Tuan Guru Nik Aziz sebagai duri dalam daging kepada PAS sendiri. Peluang ini mungkin bermanfaat kepada UMNO dan kuncu-kuncu medianya meletupkan bom fitnah ke tengah-tengah jemaah PAS. 

Kalau ini terjadi, siapa nak jawab, siapa yang nak tolong? Saya menyayangi jemaah, bukan sekadar mahu mengagung-agungkan pemimpin tertentu. Kita Islam, dan wadah kita seharusnya jemaah Islam jua! Tak jaga jemaah sama seperti tak jaga Islam! Tak jaga Islam sama seperti tak jaga diri sendiri!

whereha.wordpress.com

8 Respons to "Apa Kata MSO?"

Salam hormat,

Apa tujuan menulis? Tentunya atas keinginan untuk menyampaikan message. Justeru, pokok yang mendasari message sewajarnya kasih sayang terbaik (The best affection) sesama manusia, yang merentasi batas agama dan kaum.

Hence, sebarang message yang bernada sinis dan mengutuk, hanya merupakan reaksi kepada suatu kedurjanaan yang melampau sebelumnya. Contohnya, reaksi ke atas teori liwat 1 dan liwat 2 yang dijadikan talian hayat untuk meranapkan kepemimpinan DS Anwar Ibrahim, semenjak 1998 hingga kini.:)

Wassalam. Semoga bermanfaat!
– Naspazi

salam, mmg pun kau cuba melaga2kan…

kalau dah dasar lalang, lalang la juga…

kalau setakat nak tulis bg laris… duit tu dah boleh jatuh haram…

mso lalang, mso lalang, mso lalang

Assallamualaikum
Ait… Pakcik MSO, sensitive gilerz Pakcik ni… relax lerr… if you are not affected by our comments, then your reply to our comments is not necessary. Apa dah….
Wassallam

Untuk makluman penulis blog (whereha), saya ada terbaca ulasan Hentikan laga-melaga dalam tranungkite.net di http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=13852

Sekarang apa yang saya nampak, fitnah makin jadi menjadi sebagai cobaan untuk MENGHANCURKAN PAS.

Saya juga telah terjumpa satu blog baru http://antihusam.blogspot.com/

Bagi saya yang jahil politik tetapi sayangkan ISLAM, saya telah nampak fitnah telah dilakukan oleh suku suku tertentu untuk membenamkan JEMAAH ISLAM itu di muka bumi ini.

Kepada pembaca, saya berharap hati-hati dengan penulisan berunsur fitnah ini. Perlu kaji dan selidiki dulu, jangan gaduh melatah. Sesungguhnya kerja-kerja mengadu domba gerakan islam adalah dari golongan mereka yang tidak senang dengan GERAKAN ISLAM itu sendiri.

Tambahan komen.

Salam penulis dan pembaca,

Kelihatan kini ada sesetangan artikel yang berupa adu domba dimainkan oleh suku-suku tertentu, dengan usaha untuk meleburkan GERAKAN ISLAM dengan melaga-lagakan pemimpin supaya dipandang serong oleh penyokong dan ahli, bahawa GERAKAN ISLAM dalam krisis kepimpinan.

Modus operandinya untuk menjauhkan masyarakat dengan GERAKAN ISLAM serta menimbulkan ketakutan serta prejudis masyarakat terhadap GERAKAN ISLAM tersebut. Selain dari itu, ia bertujuan menampakkan perwatakan kepimpinan GERAKAN ISLAM juga PENTINGkan DUNIA dan lebih parah lagi berkePENTINGan PERIBADI.

Suka saya mengingatkan saudara seislam supaya setiap permulaan membaca sebarang artikel, adalah elok dimulakan dengan BISMILLAH. Jika terdapat unsur subahat fitnah, maka diakhiri dengan Astaghfirullah.

Maaf kiranya komentar saya ini telah mengguris perasaan, mengganggu emosi dan membuang masa anda. Tujuan saya adalah tidak lain tidak bukan adalah semata-mata memperingatkan DIRI SAYA sendiri, memperingatkan DIRI SAYA sendiri, memperingatkan DIRI SAYA sendiri, supaya sentiasa ingat kepada Allah serta menjauhi fitnah.

Wassalam

Assallamualaikum
Sdr. Whereha, tumpang lalu
Smallvillage, terima kasih atas peringatan yang tidak ternilai harga nya. Semoga kita semua memberi perjuangan seikhlasnya supaya niat murni kita untuk Agama dan Bangsa tidak diperlekehkan.
Wassallam

MSO ni dia ingat dia saja penulis yang tajam pemikiran padahal tumpul juga pada keadaan tertentu.Setakat menulis bolehlah dia pun bukan pernah turun ke gelanggang rakyat protes spt peristiwa reformasi , bantah ISA dsb.Hanya tahu menulis sahaja dan yang jelas pandangannya terhadap PAS kadangkala bodoh dan dangkal,nasihat saya kepada MSO jangan jadi LALANG yang takda prinsip yang jelas,kena banyak lagi dia belajar dari orang2 yang lebih berpengalaman, thats it!!

MSO?!! boring betullahh..
x payah sibuk pasal dialah..
dah memang dia tu spesis lalang..
lalang fleksibel angin kehulu dia kehulu..angin kehilir dia kehilir.. nampak macam lembut dan lembik jer tp kalau dekat dgnnya.. silap hari bulan boleh terluka..
MSO ni lembut tp ader byk duri halus melekat disekeliling dia..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Statistik Blog

  • 23,530 Hits

Kalendar

Ogos 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Artikel Terbaik!

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog

%d bloggers like this: