Blues WhereHa

Anwar Dibicara, UMNO Makin Ternoda!

Posted on: 6 Ogos, 2008

Bertemu kembali…

Esok, tanggal 7 Ogos 2008 kira-kira 9 hari lagi sebelum Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P044 Permatang Pauh, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peristiwa ini sememangnya telah kita jangkakakan, sementelah sejak kebelakangan ini kita memang asyik menjangkakan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku dalam politik negara kita.

Secara mudahnya, tindakan menghadapkan Anwar ke mahkamah hanyalah untuk menyusahkan Anwar dan mengganggu kerancakan kempennya membawa Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Tambahan pula hari Penamaan Calon sudah tidak berapa jauh saatnya.

Secara simboliknya, tindakan ini dilihat mahu membenam Anwar daripada bertanding, di samping mengalihkan perhatian rakyat dan melekakan jentera Pakatan Rakyat daripada kesibukan di Post P044. Seharusnya percaturan terperinci dan strategik telah dipersiapkan untuk menghadapi situasi sebegini oleh Pakatan Rakyat, memandangkan jangkaan untuk menghadapkan Anwar ke mahkamah sebelum penamaan calon, telah lama disebut-sebut. Jentera Pakatan Rakyat tidak akan dilalaikan oleh permasalahan ini. Rakyat juga telah masak dengan taktik sebegini. Rata-rata penduduk Malaysia kini terpelajar, bukannya memegang Degree L.E.M.B.U.!

UMNO pasti bertambah agresif setelah hajat retorik mereka dileburkan mentah-mentah baru-baru ini. Hajat untuk berMuqabalah yang tak kesampaian, malah langsung tiada titik permulaan memaksa UMNO menggunakan kaedah Mukahelah! Kini mereka menggerak-gempur untuk mengganggu proses pilihan raya dengan menyelitkan iklan LIWAT di tengah-tengah tayangan politik yang semakin memuncak.

Himpunan rakyat mungkin berulang sekali lagi di mahkamah esok, beserta pekikan dan laungan reformasi mengiringi kemasukan Anwar buat kesekian kalinya ke muka pengadilan. Sebagaimana biasa, halaman mahkamah pasti dihiasi tiang-tiang megah barisan Simpanan Persekutuan berkeledar merah, beserta lori pembajak air gatal dan gas pemedih mata. Berkemungkinan juga diselang-seli dengan adegan sepak terajang, cekup-mencekup dan gari-menggari.

Walau apa pun akan terjadi pada Anwar, imej kerajaan Barisan Nasional kini telah pun terpalit dengan noda-noda dan sukar untuk dihilangkan. Barisan Nasional tak semudah kuman yang boleh dibasmi dengan rendaman air panas. Kuman dijirus air panas, pasti akan mati. Barisan Nasional dijirus air panas, pasti makin menggelegak…

whereha.wordpress.com

7 Respons to "Anwar Dibicara, UMNO Makin Ternoda!"

Kejahatan UMNO dan juak-juaknya sudah melampaui kebinatangan. Malangnya, kejahatan tidak dapat dikalahkan, melainkan dengan kekuatan!

“Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin”
Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. surah Ali Imran ayat 54.

Let’s us send all the corrucptors to hell. Show them the way to hell. It’s time to save malaysia from all the slime balls and jack ass. May Allah save Malaysia and show us who’s on the right side. Time for all Malaysians pray to Allah.

Ya Allah! Hancurkan pengkhianat yang menganggap diri mereka berkuasa. Mereka adalah penyembah tugu. Meskipun telah ditegur oleh mufti yang berilmu dan berpegang dengan ajaran-MU, namun mereka ini terus bongkak seperti tidak ada apa-apa yang boleh menghalang kebongkakan mereka. Hanya pada-Mu kami mengadu sesungguhnya Kaulah sebaik-baik pengatur kehidupan.

marilah kita kerjakan solat hajat di surau2 dan di masjid2 memohon petunjuk dari Allah S.W.T semoga kebenaran dapat ditegakkan dan orang yang melakukan kejahatan dan kemungkaran dilaknat dan dihancurkan…. hanya Allah sahaja yang maha berkuasa dan dapat menentukan segala2nya

Ini semua orang-orang “BODOLAH”…….menang sorak kampung tergadai. Kita dah tak ada apa lagi dah. Semuanya sudah di isi ORANG LUAR yang sedang tunggu di mana-mana di segenap ceruk-ceruk rantau. Semuanya tak nampak ke depan mata? Kalau pemandu teksi di Kuala Lumpur pun dah rakyat NEGRO Afrika apa nak dikatakan lagi negara kita tanggungjawab depa. Yang lain-lain malas lagi dah nak cerita. MAKAN – TIDUR !!!!. PATUT….LAH. KERAS KEPALA BATAS SANGAT.

Tak dapatkah kita kumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang dari para penyokong/pejuang keadilan di seluruh negara untuk memohon bantuan Allah dengan ramai-ramai membaca surah Yasin SECARA SERENTAK tetapi berasingan pada setiap malam selama 100 malam DENGAN MENIATKAN semuga dengan keberberkatan/ kehebatan surah Yasin serta kudrat iradat Ilahi, Allah menimpakan laknatnya dengan SEGERA ke atas para pemfitnah dan semua yang terlibat bersekongkol sekiranya mereka benar-benar memfitnah DSAI.

Ini satu cadangan yang kita boleh lakukan secara serentak di tempat masing-masing, katakan bermula pada setiap jam 9.00 mlm mulai dari tarikh xxxxxxx. Cuba renung-renungkan …. bagaimana kalau kita dapat mendapatkan kesepatakan 1,000 orang para pejuang kebenaran seluruh negara melakukan ini ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Statistik Blog

  • 23,530 Hits

Kalendar

Ogos 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Artikel Terbaik!

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog

%d bloggers like this: