Blues WhereHa

Akuan Bersumpah Saiful Tak Bertempat!

Posted on: 16 Ogos, 2008

 

Saiful Bukhari Azlan, nama yang cukup popular hari ini telah bertindak meraih lebih populariti dengan membuat pengakuan di dalam masjid, bahawa beliau telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. ‘MENGAIBKAN’ yang amat untuk saya huraikan lebih lanjut mengenai butir pengakuan beliau. Anda telah saksi dan dengarkan sendiri dalam video di atas.

Soal bersumpah, beliau telah sedia untuk dilaknat Allah SWT. Kalau tidak, masakan beliau sanggup bersumpah. Ingat, sumpah bukan perkara main-main. Dalam Islam, tiada perkara main-main kerana setiap perbuatan dan kerja kita dinilai oleh Allah SWT walaupun sebesar zarah.

Persoalannya, kenapa Saiful tidak heret kes liwat beliau ke mahkamah syariah? Selama kes ini timbul, orang lain yang sibuk-sibuk pakat duk hebohkan kes beliau. Mana Saiful menghilang? Dalam jagaan polis? Betul ke?

Persoalan yang satu lagi pula, kenapa pula si Saiful tu membuat pengakuan bersumpah? Kaedah ini hanya tertakluk kepada masalah tuduh-menuduh antara suami atau pun isteri, yang mana salah satu antara mereka menuduh pasangannya berzina. Dalam Islam, kaedah bersumpah ini disebut sebagai Li’an. Antara Saiful dan Anwar, siapa suami dan siapa pula isteri, yang membolehkan kaedah Li’an ini digunapakai? Dalam erti kata yang lain, Saiful sebenarnya tidak mempunyai kelayakan untuk membuat akuan bersumpah seperti itu. Orang Inggeris cakap ‘Disqualified!’ Lucu sungguh! Nak bersumpah tetapi kaedahnya pula tak bertempat. Tambah melucukan apabila imam masjid tersebut tanpa sebab terpaksa pula membenarkan TRAGEDI ini berlaku! Kesian pak Imam…

Anwar telah merujuk kes beliau ke mahkamah syariah. Qazaf! Satu kaedah sebenar yang dirujuk oleh Anwar. Jikalau beliau tidak bersalah, Saiful pula boleh dikenakan hukuman seperti di bawah:

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

  1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.
  2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.


Hukuman di Akhirat:

Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.

Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.

Rujukan: http://putrawangsa.com/liwat-dan-qazaf-dari-perspektif-islam/

Bagaimana agaknya Saiful? Berat hukumannya tu.

Namun begitu, Undang-Undang Syariah yang digunapakai oleh Sistem Kehakiman Syariah di Malaysia telah disesuaikan dengan perlembagaan Malaysia. Jadi, mungkin hukumannya agak ringan. Walaupun kaedah yang digunapakai serupa, harus diambil perhatian bahawa Allah hanya menerima hukuman dan perlembagaan ciptaanNya sahaja, kerana Dia telah menetapkan segala hukum-hakam yang paling tepat dengan kejadian manusia. 

Apa yang pasti, Saiful telah pun bersumpah, maka menjadi urusan Allahlah ke atas apa yang beliau kerjakan. Dan sesungguhnya azab Allah itu amat pedih!

Ikuti pandangan Tuan Guru Haji Hadi di http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16454&Itemid=1

dan Ustaz Dr. Haron Din di http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16451&Itemid=1

Laporan Pemeriksaan Alat Kelamin!

 whereha.wordpress.com

9 Respons to "Akuan Bersumpah Saiful Tak Bertempat!"

1. Mudah saja sdr, konspirators Liwat II, beria-ia bersumpah untuk mengelak ke Mahkamah Syariah.

2. Dan lagi, para konspirator hanya berniat jahat lagi jijik untuk menjahiliahkan melayu dengan harapan membenci DS Anwar.

3. Sah para konspirator salah pertimbangan jika mereka percaya bahawa rakyat terikut-ikut dengan rentak kedurjanaan mereka.

4. Kali ini, dalam tempoh yang terdekat ini, gelombang kuasa rakyat marhaen akan menguburkan UMNO. Amien!!!

Wassalam
– Naspazi

Ezam dah ada kawan dah..sorang jaja kotak@ sumpah..sorang lagi jaja dubur..

elok la…..jadi cicak sumpah-sumpah….NI LAH CONTOH MELAYU JAHILIYYAH…!!!!

Hanya Allah S.W.T tuan punya dunia yang Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu di dunia mahupun di alam semesta.. semoga kebenaran kan pasti memihak kepada pihak yang benar.

Kerana duit apa saja boleh dilakukan. Buat fitnah Sumpah laknat no problem …asalkan ada upahnya….duit. Ingin diingatkan pada saudara yang bersumpah laknat, jaga diri baik-baik, jangan buat salah sehingga dimasukan kedalam penjara….mereka sedang menunggu kedatangan anda..!!!!!!

Assallamualaikum
Sad to say that throughout the Oath Taking, this man (can’t even mention his name) had anticipated that DSAI is going to sodomise him on the 28th of August. However Whereha sir, allow me to put one of the surah here :
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa : “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya dan beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian, Allah berfirman : “Dan kepada orang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani seksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (To saiful and friend, faham faham je larr…)
Surah Albaqarah, ayat 126. Al Quran Al Karreem
Wassallam

sumpah si sepol sah ke dak.. dia tu dah tak waras lama dah.. loya betol aku.

musa hasan pagawai penyiasat skrg dah jd tok ketua polis
ghani peguam dakwa skrg tok ketua guam
sepol skrg ni mangsa liwat kedepan kemungkinan ada can jd setiausaha politik menteri C4..
mungkin jgak jd penunggu istana sungai buloh andai DS anwar jd pemerinah..

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

Mohon hebahkan maklumat dibawah di blog saudara.

Majlis Ttemu Mata Anak Kelate
Tarikh: 23 Ogos 2008
Hari: Sabtu
Pukul: 8:30 Malam
Tempat: Stadium Bandar Baru Bangi
Anjuran: Perakan Malaysia
Web Site: http://www.perakan.org.my
Email: setiausaha.perakan@gmail.com

Tetamu Kehormat:

Y.A.B Tuan Guru Datuk Menteri Besar Kelantan

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

012 319 5435(Ir. Hamdzah – Setiausaha Perakan Malaysia)

Salam…… Hanya Tuhan jer yg tahu kebenarannya…. setiap skandal yang higgap pada pemimpin biasanya memnag betul2 berlaku.. seperti najib… kemungkinan besar… cam Chua Soi lek pon samer… tp dier terus mengaku…. kan senang… cam artis2 gak, biasenyer skandal yang dituduh tu memnag betul berlaku… susah nak reka klu tiada kaitan dgn sesuatu yg berlaku terhadap org yg dituduh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Statistik Blog

  • 23,530 Hits

Kalendar

Ogos 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Artikel Terbaik!

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog

%d bloggers like this: