Blues WhereHa

Hari Jumaat Cuti Minggu Di Malaysia?

Posted on: 22 Ogos, 2008

Salam pembaca!

Menyoroti solat Jumaat hari ini begitu meletihkan saya. Bukan letih dek kerana terpaksa solat di masjid, tapi dek lantaran kesibukan urusan hari ini yang menyebabkan saya terkejar-kejar ke sana ke mari. Jam di tangan sentiasa dijenguk berkali-kali kerana masa untuk menyudahkan setiap urusan dirasakan begitu suntuk.

Bagi kita warga KL, memang hari Jumaat adalah hari untuk merancang masa seperinci mungkin. Bagi kakitangan kerajaan, mereka telah ditetapkan untuk meninggalkan urusan pejabat tepat jam 12.15 tengahari. Kalau terlebih masa tu, sendiri mau ingatlah. Namun bagi saya sebagai kakitangan swasta, arahan majikan untuk menyelesaikan setiap urusan tidak mengira waktu. Sekalipun tiada tekanan daripada majikan saya, namun saya harus mendahului setiap perancangan beliau agar kerja saya tidak bertimbun dan akhirnya memeningkan kepala.

Sebelum solat Jumaat terpaksa berkejar-kejar mencari gerai atau kedai makan untuk menyantap santapan tengahari. Makan pun tergesa-gesa kerana hendak ke masjid selepas kenyang. Akibat kenyang, mengantuk pula semasa mendengar khutbah. Kalau nak makan selepas solat, kerja yang bertimbun pula sering berteriak kepada saya agar cepat-cepat makan dan pergi siapkan kerja. Haduh…letih sungguh!

Itulah sebabnya saya selalu sampai di masjid untuk solat Jumaat sekitar jam 1.30 tengahari. Dalam keadaan penat dan kadangkala berpeluh, terpaksa pula bersila di tengah-tengah lautan jemaah yang biasanya berkeadaan wangi. Dalam kes ini, saya pula yang berasa tidak selesa kerana takut keadaan diri mengganggu tumpuan jemaah yang lain.

Situasi ini mencetuskan suatu idea di minda saya: alangkah beruntungnya jika hari Jumaat di KL adalah cuti minggu, seperti di Kelantan. Namun, sikap pemimpin Islam di seluruh dunia yang sibuk mengejar keuntungan telah membataskan cetusan idea saya ini. Disebabkan tunduk kepada penganut agama lain menyebabkan hari kebesaran Islam ini dijadikan hari untuk berurusan, manakala hari Ahad sebagai cuti minggu. Ini sangat menyedihkan kerana identiti umat Islam sebenarnya ditenggelamkan secara tidak sedar!

Bila saya pulang ke kampung halaman saya di Kota Bharu, saya merasakan keadaan yang berbeza. Setiap hari Jumaat, saya dapat menziarahi makam almarhum bapa saya, kemudian bersarapan, seterusnya dapat menghadiri kuliah Jumaat Menteri Besar di Medan Ilmu, dapat bersama keluarga ke pasar pagi atau pasar tani, sebelum solat Jumaat sempat mandi terlebih dahulu, dan dapat mengikuti khutbah Jumaat dan solat dalam keadaan yang segar, tidak penat atau mengantuk, makan tengahari dalam keadaan selesa setelah kewajipan berjemaah telah dilaksanakan.

Paling syok dapat melenakan diri sekejap sekitar jam 3.30 petang sehingga berkumandang azan Asar. Selain itu, hari Jumaat juga adalah hari untuk keluarga saya berkumpul.

Inilah kenikmatan cuti hari Jumaat yang tidak dapat saya rasakan di KL. Di minda saya, hanya ada 2 pilihan: kerajaan jadikan Jumaat sebagai cuti minggu atau saya pulang cari makan di kampung!

6 Respons to "Hari Jumaat Cuti Minggu Di Malaysia?"

mana boleh!!!
klu cuti ari jumaat, ari ahad kena kerja..terlepaslah peluang pak meteri BN nak bersantai dgn yahudi.. ari ahadkan ari kebesarn mereka..

Di switzerland kerja cuma empat hari. Weekend break hari sabtu dan ahad untuk berehat bercuti bersama ahli keluarga. Midweek break pada hari rabu kononnya hari rehat penat bekerja.

ye ker badrol? kalau macam tu aku nak pindah ke switzerland la. huhuhu.

Baru sekarang terasa nikmat cuti hari Jumaat, setelah berada jauh di perantauan, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih lagi baik negeri sendiri. Saya cadangkan Saudara “Whereha” balik kampong…… hidup lebih aman dan tenteram……nak tambah amal dan ibadatpun mudah dan selesa. Kata saja kerja lima hari seminggu. Sabtu dan Ahad cuti, sekolah buat program macam-macam…….aku peliklah sikap Pengetua yang dinasihati oleh para Kaunselor sepenuh masa yang bermasalah. Kaunselor seronok sebab boleh masuk pulus, tetapi kita cikgu memendam berahi seksa tinggalkan anak dan bini di rumah……nak bawa sama budget tak cukup, padahal guna kereta sendiri…….

Macam ini aku pun nak ikut sama balik kampung…… tapi kampung aku bukan Kelantan……ada sesiapa nak jadikan aku anak angkat………

[…] Hari Jumaat Cuti Minggu Di Malaysia? Salam pembaca! Menyoroti solat Jumaat hari ini begitu meletihkan saya. Bukan letih dek kerana terpaksa solat di masjid, […] […]

Assallamualaikum
Moga moga setiap hari adalah hari yang ceria buat semua asalkan apa apa sahaja yang kita lakukan adalah dalam keadaan sederhana. Insyallah setiap pergerakan kita, tidak kira penat atau tidak, sedih atau gembira, asalkan semua itu dilakukan hanya kerana Allah s.w.t. Nah… lantas semuanya akan berjalan lancar.
Wassallam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Statistik Blog

  • 23,530 Hits

Kalendar

Ogos 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Artikel Terbaik!

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog

%d bloggers like this: