Blues WhereHa

Archive for Julai 5th, 2008

 

Iklan di sebelah saya dapati daripada laman blog milik sahabat baik saya, Bakar Haq. Mungkin sehingga kini, penulis di blog Penarik Beca itu tidak sedar bahawa saya kini turut menyertainya menceburkan diri sebagai penulis blog. Apa-apa pun saya tabik kepada Bakar kerana wibawanya sebagai penulis. Yang baru harus menghormati yan lebih dulu.

 

Berkaitan dengan perhimpunan yang diiklankan seperti di sebelah, media perdana kebelakangan ini acapkali menyiarkan peringatan daripada pihak PDRM (Kuala Lumpur dan Selangor khabarnya) agar rakyat tidak menyertai perhimpunan yang dianjurkan ini. Saya pun tertanya-tanya, kenapa agaknya perhimpunan ini ditegah daripada disertai?

 

Saya beranggapan ramai pihak telah respon dan mengandaikan kesimpulan yang berbagai-bagai tentang peringatan pihak polis ini. Bergantunglah kepada pandangan dan pendapat masing-masing. Saya optimis larangan dibuat polis kerana ia merupakan anjuran parti pembangkang. Oleh sebab itu perhimpunan ini seharusnya perlu dibangkang.  Pelik! Pembangkang yang dibangkang!  

 

Mengapa rakyat tidak boleh menyertai perhimpunan ini? Inilah persoalannya. Kerajaan menyampaikan arahan dan kenyataan melalui media mereka. Manakala rakyat turut memerlukan medium yang bertepatan untuk menyampaikan pandangan, teguran dan rasa tidak puas hati mereka. Rakyat tidak memiliki saluran elektronik, lalu mereka perlu bersuara di jalanan. Ini lumrah di setiap negara yang berkerajaan. Dari itu, kerajaan tidak seharusnya takut dengan perhimpunan ini. Berilah sedikit ruang kepada rakyat untuk bersuara.

 

Saya tidaklah mahu menggesa seluruh rakyat untuk turun ke jalanan menyertai perhimpunan tersebut. Nanti dituduh sebagai penghasut pulak! Namun begitu, jika mereka menyertainya, saya tidaklah pula beranggapan tindakan berani mereka ini sebagai ‘Derhaka Kepada Negara!’. Pada pandangan saya, kerajaan bukanlah negara. Sebenarnya rakyat adalah negara dan negara adalah rakyat! Kerajaan hanya diberi mandat untuk mengurus tadbir rakyat sahaja. Bukannya menahan dan mendakwa mereka sesuka hati dek kerana tidak bersetuju dengan dasar kerajaan. Sewajarnya kerajaan melihat tindakan rakyat dalam kes ini bertujuan untuk mendapatkan hak mereka, kerana merekalah yang sebenarnya membentuk negara, baik dari segi agama, ekonomi, sosio-budaya dan sebagainya.

 

Bolehkah kita bayangkan negara yang tiada rakyat? Mana mungkin!

 

whereha.wordpress.com

 


Statistik Blog

  • 23,784 Hits

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog