Blues WhereHa

Oh…Muqabalah, Bukannya Muzakarah…

Posted on: 24 Julai, 2008

 

Setelah beberapa hari tak update blog ni, akhirnya malam ni ada jugak masa terluang. Mulanya terasa agak malas, tapi sedar-sedar dah pun start menaip. Itu pun setelah terbaca tentang kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS tentang muqabalah dengan pemimpin-pemimpin UMNO, bukannya muzakarah seperti yang digembar-gemburkan media arus perdana yang suka ‘mentekedarah’ parti-parti pembangkang!

Sebenarnya saya pun tak berapa faham apa maksud muzakarah sebelum ni. Yang saya faham, muzakarah bermaksud berbincang. Hmmm…rupa-rupanya muqabalah! Betapa tak pandainya saya hal-hal bahasa dan ‘grammar’ Arab ni…isk…banyak lagi kena belajar….

Hati saya sedikit lega dengan kenyataan Tok Guru yang saya sayangi itu. Maknanya tidak timbul langsung soal penggabungan antara PAS dan UMNO. Memang mustahil. PAS dengan dasar Islam dan UMNO pulak dengan dasar kebangsaannya, dasar Melayu. Melayu tak semestinya Islam. Melayu sekarang ni pun tak semestinya cukup solat lima waktu sehari. Lebih parah lagi ada yang langsung tak solat! Ramai tu….

Walaupun lega, tapi ada kemusykilan yang menyebabkan saya kurang bersetuju dengan muqabalah ini.

Pertama: UMNO ingin bermuqabalah dengan PAS untuk membincangkan tentang kepentingan dan perpaduan umat Islam seluruh Malaysia. Betul ke ni? Apa rasionalnya UMNO mahukan PAS sebagai rakan muqabalahnya? Setahu saya, UMNO sejak zaman-berzaman menafikan perjuangan PAS sebagai parti yang menegakkan Islam. Sebaliknya mereka menuduh PAS sebagai parti yang bertopengkan Islam dan hanya memperalatkan agama dalam perjuangan. Adakah dengan cara bermuqabalah bermakna UMNO mengiktiraf PAS sebagai parti yang ikhlas dalam perjuangan Islam? Atau UMNO sekadar ingin mendapatkan perhatian daripada pendokong dan penyokong PAS termasuk dari kalangan bukan Muslim, kerana mereka sedar bahawa pengaruh PAS masa kini amat ketara kuatnya? Hmmm… musykil.. musykil…

Kedua: Apakah jenis kepentingan umat Islam yang ingin dipertahankan oleh UMNO melalui muqabalah ini? Adakah kepentingan ekonomi, populasi atau politik? Kita sedar bahawa selama hampir 51 tahun merdeka, ekonomi Malaysia bukannya dimonopoli oleh umat Islam. Umat Islam agak terpinggir dari segi ekonomi. Ini termasuk dari segi hartanah, hypermarket, syarikat-syarikat kontraktor mahu pun korporat. Bahkan perniagaan runcit kini sudah mula dicerobohi oleh pendatang asing, sama ada Bangla mahu pun Acheh! Melayu? Melayu lebih banyak memonopoli industri-industri tak bertauliah. Umpamanya dadah, rempit, seks terlarang, pertandingan menyanyi, karaoke atau realiti tv, termasuk jugak memonopoli hampir segenap penjuru Dataran Merdeka setiap kali ada konsert atau perayaan berbunga api! 

Dari segi populasi atau pengkolonian, bandar-bandar besar dikuasai oleh kaum-kaum yang lain. Lihat saja rumah-rumah mewah di bandar-bandar besar, jarang sekali milik Muslim dan Melayu. Muslim dan Melayu lebih banyak memonopoli penempatan-penempatan setinggan dan kos rendah. Itu pun hampir-hampir dipupuskan oleh bekas kerajaan Selangor melalui Kempen Setinggan Sifar. Belum lagi dikira mereka yang berada di pusat pemulihan atau pun segelintir lagi yang masih tidur di bawah jambatan-jambatan dalam keadaan mabuk dan khayal akibat suntikan yang tak bertauliah.

Dari segi politik, hmmm…yang ni saya malas nak komen…tengok ajelah kat dalam tv tu…

Ketiga: Apakah yang telah dibuat oleh UMNO sebagai kerajaan selama 5 dekad ini yang dilihat benar-benar berusaha memartabatkan umat Islam di Malaysia? Hanya segelintir Muslim yang berjaya hidup mewah, sesetengahnya berpendapatan sederhana, dan yang selebihnya terpaksa ‘kais pagi makan petang’! Remaja makin rosak akhlak dan makin ‘lagha’ dalam kelab-kelab malam, hiburan melampau dan siri konsert-konsert yang dianjurkan saban hari, saban bulan, dan saban tahun! Masjid-masjid semakin tak ada yang sudi…

Keempat: Kenapa UMNO menunggu sehingga hilang 4 lagi negeri untuk bermuqabalah dengan PAS? Di zaman Tun Dr. Mahathir dulu, satu muzakarah pernah diadakan di antara bekas ahli dan Presiden UMNO itu dengan bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Isunya pun tak berkaitan dengan kepentingan umat Islam negara, tetapi melangkau hingga ke Palestin!

Kelima: Apakah wadah yang ingin dicanangkan oleh UMNO untuk memenuhi keperluan muqabalah ini? Adakah Islam Hadhari yang akan dicadangkan bagi menjamin kepentingan dan masa depan Muslim di tanah air kita ini?

Hmmm…saya menjangkakan akan lebih banyak persoalan yang bakal timbul selepas ini. Saya jangkakan keberkesanan muqabalah ini agak tipis, kecuali hasil muqabalah ini membawa kepada PAS mengambil-alih tampuk pemerintahan negara.  Kalau yang tu, saya amat-amat berlapang dada!

 whereha.wordpress.com

3 Respons to "Oh…Muqabalah, Bukannya Muzakarah…"

B. Arab = Muqabalah
B. Melayu = Bertemu
B. Kelantan= Muka Balah (Orang yang suka mencari gaduh atau orang yang suka berkonfrantasi)

Salamun Alaikum.

Islam itu adalah cara hidup (Ad-Din). Islam menzahir dari aqidah yang sempurna Tauhidnya. Islam bukanlah PAS dan Islam bukan UMNO. Islam bukan Nik Aziz, bukan Pak Lah atau Nabi Muhammad (s.a.) itu sendiri. Islam adalah cara hidup yang sempurna yang telah diteladankan oleh Nabi Muhammad (s.a.) dan Islam lahir setelah sempurna Tauhid seseorang itu. Islam bukannya sekadar tahu Al-Quran dan Hadith. Islam bukan sekadar serban dan janggut. Tetapi Islam yang sebenar ialah apabila telah menyatu syariat, tarikat dan hakikat di dalam apa yang dipanggil MAKRIFAT. Ternafi wujud segala sesuatu yang baharu, melainkan yang wujud hanyalah Dzat semata-mata. Allah bukanlah sekadar nama atau gantinama yang disebut-sebut tanpa kita kenal kepada PEMILIK NAMA ITU. Tauhid bukanlah sekadar dengar-dengar atau lihat-lihat, tetapi ia adalah sebuah PERSAKSIAN yang meliputi NAFI dan ISBAT. Tuntutlah bahagian kamu sementara masih ada nafas naik dan turun. Berkenalanlah dengan Allah dengan sebenar-benar pengenalan dan persaksian agar kamu tidak terpedaya dengan helah Syaitan yang terkutuk.

Sekian…

I just like the valuable info you provide for your articles.
I’ll bookmark your weblog and take a look
at again here regularly. I am moderately sure I will be informed many new stuff right right
here! Good luck for the following!

Tinggalkan komen

Statistik Blog

  • 23,783 Hits

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog