Blues WhereHa

Mahasiswa!

Posted on: 6 Julai, 2008

 

Logo di atas adalah logo Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Malam ini saya ingin tinggalkan sejenak isu-isu yang berkaitan dengan politik. Walaupun Buletin Utama TV3 malam ini banyak menyiarkan kontroversi-kontroversi yang agak menggegar jiwa, tapi saya langsung tidak teruja,  malah berasa loya untuk menulis dan memberikan komen-komen yang bersangkutan. Mual dengan berita-berita yang adakalanya mengarut di pandangan mata dan gegendang telinga. Boleh jadi juga dek kerana kerap menulis pandangan bermotifkan politik membuatkan saya kekeringan idea untuk menulis kesinambungan artikel-artikel yang sebegitu.

Satu hal yang menyeronokkan saya untuk hari ini adalah disebabkan kunjungan saya ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam sempena pengambilan pelajar baru. Di antara mahasiswa-mahasiswi yang mendaftar hari ini termasuk adik bongsu saya, yang melanjutkan pengajian dalam jurusan ijazah Pengurusan Perniagaan. Terdetik pula rasa bangga di sanubari kerana langkahnya yang akhirnya berjaya ke menara gading, setelah tamat Diploma Perakaunan kira-kira 6 bulan yang lalu. Mudah-mudahan dia akan berjaya menggapai ijazah dan dapat meneruskan kecemerlangan dalam bidang yang bakal diceburi 2 tahun dari sekarang.

Melihat gelagat anak-anak muda yang mula melangkah menyambung pengajian pada hari ini, secara tak semena-mena timbul satu keinginan di hati saya. Iaitu ingin kembali sebagai seorang mahasiswa. Bukan apa, selama bertungkus-lumus mencari rezeki hingga ke hari ini, saya dapat membayangkan betapa kembali ke Universiti menghadirkan keseronokan yang berganda berbanding melaluinya sendiri 3 tahun yang lalu.  Apatah lagi menuntut ilmu sebenarnya sangat mengujakan dan tidak pernah ada habisnya, khasnya bagi mereka yang memang dahagakan ilmu, pembelajaran dan pengalaman yang baru. Mungkin suasana pembelajaran di zaman saya dan sekarang ada bezanya, walaupun tidak begitu ketara.

Saya sendiri tidak menolak kemungkinan akan menyambung pengajian dalam jurusan yang mungkin sama sekali berbeza dari jurusan yang pernah saya terokai sebelum ini. Apatah lagi di zaman yang semakin mencabar dan mendambakan daya saing yang lebih tinggi sama dari segi gerak kerja dan intelektual, tak rugi rasanya jika ilmu ditambah nilai dan diperkemaskan, agar kita dapat menambah keyakinan diri untuk menjadi lebih berdikari dalam mengejar kejayaan.

Bahkan ramai dari kalangan teman-teman seangkatan dahulu yang kembali menyambung pengajian. Sama ada untuk meningkatkan pendapatan, atau kenaikan pangkat, atau untuk meluaskan perniagaan. Masing-masing memilih hala tuju baru demi memperbaiki kelemahan diri ke arah kesejahteraan di hari depan. 

Namun apa yang lebih penting, setiap mahasiswa dan mahasiswi harus tahu apa yang perlu dikejar dan dilaksanakan hasil daripada kejayaan di peringkat menara gading. Bukan hanya sekadar mendapatkan segulung ijazah, atau untuk mendapatkan pekerjaan yang hebat. Jauh sekali untuk sekadar dibingkaikan di dalam almari demi kepuasan diri. Paling utama agar dapat menghadirkan kebaikan dan manfaat daripada ilmu yang dikecapi untuk dikongsi bersama masyarakat di sekeliling.

Andaikata saya berpeluang menyambung kembali pengajian, saya telah pun tahu di mana matlamat saya sebagai mahasiswa dan sebagai lambang dalam masyarakat!

whereha.wordpress.com

 

11 Respons to "Mahasiswa!"

Aku pun nak belajar juga, tapi belajar sendiri la dulu dengan membaca seberapa buku yang aku minat. Nak sambung belajar secara formal buat masa sekarang ni, terpaksa aku tangguhkan dulu. Perkiraan kenaikan harga minyak haruslah dipertimbangkan. Nanti tok cukup ongkos nak bayar yuran, menyebabkan pembelajaran tergantung ditengah jalan.

Hmmm…rakyat Malaysia tak kira sapa pun terbeban teruk dek kenaikan harga minyak. Biasiswa pun dah takde. Pinjaman pulak nanti tak terbayar. Banyak belanja lain yang terpaksa didulukan. Nampaknya rakyat Malaysia tak berpeluang lagi le nak menambah kecerdikan yang bertauliah!

Rakyat Malaysia yang malang…dah jatuh ditimpa beras!

Banyak perkiraan perlu dihitung semula. Jangkaan masa depan adalah samar dengan keupayaan persekitaran, kerana pelbagai krisis yang memeningkan. Namun hidup perlu diteruskan. Keupayaan diri mesti ditingkat dan dikuatkan. Ilmu pengetahuan mesti dinaiktaraf. Kena bersedia menghadapi globalisasi.

Mampukah?

menimba ilmu suatu yang menyeronokkan..miss sendiri masih menimba ilmu di uitm.kalau diikutkan kata hati miss,miss memang bercita-menyambung pelajaran hingga ke peringkat master.ingin sekali bergelar pensyarah tapi apakan daya “master” tu mungkin diperolehi selepas kewangan dah stabil.lelaki lebih berpeluang untuk belajar hingga ke tahap maksimum tapi bagi miss golongan perempuan dan dari golongan pertengahan perlu fikirkan orang lain seperti adik-adik lain yang ingin belajar,beban keluarga dll…hemm,alhamdulliah cukupla setakat ijazah sarjana muda..

Err… saya telah mengcopy dan savekan logo UiTM tu dan nak gunakan untuk submittion Thesis saya.. I hope you don’t mind.. 😀 thanx anyway sebab logo tu yang paling cun saya jumpa diseantero alam maya ni…

Whereha, baru bercadang nak melanjutkan pelajaran… huhu.. saya sudah di peringkat menunggu masa untuk VIVA thesis dalam masa 3 – 4 minggu lagi.. walaupun masa yang saya habiskan untuk belajar kali ini adalah yang paling maximum tapi hari ni, bila baca blog awak ni, saya mula terasa 5 tahun tu macam sekejap je dan terasa macam ingin lalui lagi masa susah dan payah yang selama 5 tahun itu sekali lagi… biarlah 10 tahun pun saya suka pergi ke Universiti dan menyusahkan diri bergelumang dengan kertas-kertas kerja dan tekanan presentation…

Mungkin saya pun akan teruskan lagi dengan menyambung hingga ke peringkat PhD dalam masa 4 @ 5 tahun akan datang – nak kumpul2 duit dulu hehehe… harap umur panjang… : )

Ambik je chiharu…mo daijobuu..chiharu? macam nama org jepun pulak…

Howdy! I could have sworn I’ve been to this website before but after browsing through some of the post I realized it’s new to
me. Anyways, I’m definitely happy I found it and I’ll be book-marking and checking back often!

You can definitely see your expertise in the article you write.
The arena hopes for even more passionate writers such as you who are not afraid to
say how they believe. At all times follow your heart.

If this is your drug of choice, you can expect a life where you are trapped in the stress zone.
Crush particles in the equipment or perhaps the regular way – inside of a big, hefty-work resealable tote.

While the bananas are caramelizing, desperate the bwatch, spwatch with the butter, and
spatter with the bark and nutmeg.

For most up-to-date news you have to go to see world-wide-web and on internet I found
this site as a most excellent website for most recent updates.

Tinggalkan komen

Statistik Blog

  • 23,783 Hits

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog