Blues WhereHa

Archive for Julai 9th, 2008

 

Setelah lama bertahan, akhirnya hari ini saya dilanda demam. Bukan demam EURO sebab EURO dah habis seminggu yang lepas. Tapi demam tubuh badan. Kadang-kadang kenalah demam sekali-sekala. Takkan la nak sihat selalu, ye tak? Bila pergi klinik, doktor ambik darah. Risau pulak rasanya. Nasib baik result darah saya tak menunjukkan apa-apa jangkitan. Kot-kot le terkena denggi! Na’uuzubillah…

Memandangkan saya tinggal di pangsapuri kos rendah, jadi saya cukup gerun dengan penyakit denggi ni. Dulu pun dah pernah kena. Masuk wad jugak 2 hari. Last-last saya mintak kat doktor nak balik rumah. Sebab cara merawat jangkitan awalnya mudah. Selepas dimasukkan air garam ke dalam darah, saya cuma perlu minum air suam banyak-banyak.

Yang menariknya, masa nak bayar bil klinik. Terkejut beruk saya. Bil ubat-ubatan saya mencecah RM 74.00. Mak oii?!! Mahalnya! Memang mahal! Barangnya? Sebotol ubat batuk, ubat kumur, dan tiga paket paracetamol. Walaupun kos perubatan saya ditanggung oleh syarikat majikan saya, bukan itu soalnya. Kosnya memang mahal. Terfikir jugak saya, macam mana la bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang bekerja sendiri? Syarikat saya sendiri pun hanya menanggung kos setakat RM50.00. Bagi saya, Alhamdulillah! Tapi bagi mereka? Tanggungan sendirian berhad!

Saya tidak menyalahkan pihak klinik kerana meletakkan harga yang tinggi. Mereka terpaksa membeli ubat-ubatan daripada pembekal. Anggapan saya, kos pengangkutan yang melambung tinggi. Yelah, kan harga minyak dah naik. Takkan kos pengangkutan masih sama. Ubat-ubatan sendiri pun ada yang dihasilkan daripada petroleum. Dah meningkat pulak kos pembuatan ubat!

Golongan yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri terpaksa bersakit-sakit dan berpengsan-pengsan kerana tak mampu nak bayar kos perubatan. Nak makan pun belum tentu, inikan pulak nak jaga kesihatan. Sudahnya, terpaksalah tak pergi klinik walaupun kesihatan dah tahap kronik. Nak jimat. Yang penting anak bini mesti disuap dulu. Kalau jatuh sakit pun bukannya ke mana, paling kurang pun jadi arwah aje le.

Apa-apa pun, inilah bahana kenaikan harga minyak! Memang betul kata PM Abdullah dan TPM Najib. Harga minyak negara kita masih murah berbanding negara-negara lain. Nyawa rakyat pun turut jadi murah kerana tak mampu nak menanggung kos perubatan sendiri!

whereha.wordpress.com

 

 

 

 

Video ni adalah susulan daripada video blog sepupu saya. Saja je saya selitkan. Ntah sapa la yang memandai-mandai buat video ni. Tapi memang sesuai video dengan lagunya. Jangan lupa untuk klik link sepupu saya: http://smallvillage.wordpress.com/2008/07/09/adakah-engkau-seorang-lelaki/

Selamat berhibur!

whereha.wordpress.com


Statistik Blog

  • 23,784 Hits

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog