Blues WhereHa

Larangan Kerajaan Kedah Untuk Penyanyi Wanita!

Posted on: 3 September, 2008

Bertemu kita kesekian kalinya…

Hampir seminggu saya tidak menjengah blog ini dan meninggalkan sebarang artikel. Sibuk sikit dalam seminggu ini. Malam ini terasa gian pula untuk meninggalkan sedikit coretan untuk renungan para sahabat sekalian.

 

Dari malaysiakini.com ( (http://malaysiakini.com/news/88946) yang menguar-uarkan langkah kerajaan Kedah untuk melaksanakan larangan persembahan secara terbuka yang melibatkan penyanyi wanita. Hmm…baguslah kalau begitu. Satu langkah yang serupa dengan kerajaan Kelantan jalankan dulu. Bukan saya bermaksud untuk mengatakan Kedah meniru Kelantan. Juga tiada maksud untuk membanding-bandingkan ketokohan antara kedua-dua Menteri Besar dalam mentadbir negeri. Saya hanya terpikat pada istiqamah dan kesamaan kedua-dua kerajaan negeri ini. Sedikit demi sedikit kelihatan perubahan yang dicorakkan oleh Kedah, negeri ke 2 di bawah kepimpinan Ulamak ini.

 

Kita semua sedar corak hiburan yang disalurkan di negara ini banyak dititipkan unsur-unsur yang tidak sihat. Lihat saja rancangan-rancangan hiburan yang ke udara saban hari di kaca TV. Tak nampak langsung ke arah yang membawa manfaat. Segalanya sekadar untuk bersuka-suka. Bohong jika kita katakan program realiti TV dan program nyanyian menjadikan penontonnya ke arah mengingati dan membesarkan Allah SWT. Kita sendiri dapat lihat apa yang berlaku kepada peserta pertandingan nyanyian yang dihimpit pelbagai kontroversi dan gosip-gosip. Penyanyi wanita pula tampil di pentas dengan fesyen yang menjolok mata. Dan penonton pula bersorak-sorak kerana teruja dengan penyanyi kegemaran mereka.

 

Cuba kita renung dalam-dalam dan tanya jiwa kita sendiri. Inikah jenis dunia hiburan yang sepatutnya yang kita cari-cari? Adakah dunia hiburan sebegini mampu menghadirkan ketenangan jiwa dan meningkatkan kualiti hidup, minda dan jati diri kita?

 

Ramai di kalangan remaja mahupun dewasa terlalai kerana asyik dengan hiburan. Sehingga lupa solat. Lupa hukum. Lupa halal haram. Lupa syariat. Lupa Allah SWT. Lupa segala-galanya. Asalkan hati riang disuntik dengan hiburan yang fana ini.

 

Hiburan di tengah-tengah kelompok masyarakat memerlukan satu perubahan dan pendekatan yang lebih mulia. Memang boleh berhibur sebenarnya, kerana Islam tidak melarang umatnya berhibur. Hiburan adalah penawar hati dan merupakan fitrah dalam diri manusia. Namun hiburan jua ada batasnya. Umat Islam tidak boleh lalai atau bebas kerana berhibur. Hiburan tidak membolehkan kita meninggalkan solat dan terpinggir dari jalan akidah. Hiburan yang diingini tidak sepatutnya memisahkan kita dari pemerhatian Allah SWT.

 

Langkah kerajaan Kedah untuk tidak membenarkan persembahan terbuka penyanyi wanita sangat wajar. Satu kaedah alternatif untuk membendung hiburan tanpa kawalan daripada menguasai minda anak-anak muda kita. Hiburan yang tertutup, di mana hanya wanita yang menonton nyanyian wanita. Secara hakikatnya maruah penyanyi wanita lebih terpelihara, di samping tidak menyekat punca rezeki mereka. Alunan suara mereka tidak akan lagi memalitkan dosa ke telinga lelaki. Fesyen mereka tidak lagi menimbulkan ghairah, kerana penonton mereka hanyalah wanita. Dan lelaki tetap boleh menikmati nyanyian merdu daripada penyanyi sejenis dengan mereka tanpa was-was.   

 

Apa yang saya harapkan, penyanyi atau karyawan muzik tanahair lebih telus dan jujur dalam industri hiburan. Hasilkanlah karya-karya yang lebih bermanfaat dan mencetuskan pemikiran yang luas, bukan sekadar lagu-lagu komersial sahaja demi mengaut keuntungan semata-mata.

 

Sekalung tahniah juga buat kerajaan Kedah!

 

whereha.wordpress.com

20 Respons to "Larangan Kerajaan Kedah Untuk Penyanyi Wanita!"

PAS banning muslim women and muslim people from attending concerts is fine. However it is not fine when the ban includes non-muslims!

Rest assured non-muslims will very quickly remove any and all support for PAS at the next General Election.

exactly, i bet majority of the non muslims in kedah have regretted voting for PAS… in fact, im also kinda fed up with PAS after avril incident… we vote for u is to become a transparent n fair government in kedah… not a theocratic government which imposed unnecessary laws to us… dont restrict our freedom n make the non muslim to vote for alternative in PR13… hope there will be more PKR candidates instead of PAS in kedah during PR13….

below is a very good blog on similar topic… spend some time reading it especially the PAS MPs in kedah….
http://www.malaysiawaves.com/2008/09/kerajaan-kedah-harus-berhati-hati-di.html

Kami pemuzik-pemuzik profesional tanah air yang mencari rezeki dengan muzik AKAN MENOLAK PAS pada pilihanraya akan datang. Kadok naik junjung! Kalau kamu nak tutu periuk nasi kami, berikan kontrak IMPOT UNTA kepada kami! HanPAS!

Baru saja jadi MB dah nak susahkan rakyat. Kan lebih elok tumpukan perhatian pada pembangunan dan ekonomi. Pelajaran dan pemikiran siMB ni setakat mana tingginya? Kalau begini cara dia, memang sah 1 penggal saja. Lepas tu balik duduk kampung, tanam jagong. NGOK!

Bapa saya seorang pencen dan orang kuat PAS. Malah seluruh keluarga saya adalah penyokong PAS. Tiap-tiap bulan saya kirimkan sejumlah wang kepadanya untuk belanja rumah dan wang poketnya berpolitik. Kerja saya?.. kalau MB tu buat larangan tu, maka saya terpaksa hentikan kiriman wang tersebut kerana tidak kemampuan. Apabila sampai kepada pengetahuan bapa saya tentang hal ini beliau terdiam dan pandangannya kepada saya amat jauh sekali terlihat. Jadi biarlah kami bincangkan hal ini sekeluarga tentang nasib PAS dalam keluarga saya.

salam…
aku setuju sangat dengan perkara yang di utarakan oleh MB kedah. walaupun aku dok di luar daripada pemerintahan PR. takde manfaat setitik pun konsert hiburan yang di buat. kebanyakannya lagha dan melaghakan. dah ler tu..si artis pompuan punyer dresing mcm nak lawan mat saleh..tertonjol dan terbelah. mungkin dengan tindakan MB kedah ini sedikit sebanyak akan menyedarkan mereka dan penyokong maksiat ini untuk kembali kepada kehidupan islam yang sebenar. kami akan sentiasa menyokong untuk kembalikan kegemilangan islam.

Rezeki yang haram tiada gunanya.

Bagus la larangan tu kepada orang islam… mengurangkan maksiat drp terus berlaku, sebagai org islam yg beriman dengan al-quraan apa guna kalau dok baca saja tapi tak laksanakan, sembahyang tungging tebalik 1000 tahun pun tak guna!. Kepada yang mencari rezeki dengan muzik tu, kena beringat la dosa pahala sama. Kalau dah tak boleh cara tu, banyak lagi rezeki lain yang halal boleh di cari. Jangan la nak hentam kromo ja kerajaan yang ada.kepada zawawi, nak larang rakyat buat maksiat dan dosa tu menyusahkan rakyat ka? lu pikir la sendiri

Kepada orang bukan Islam yang melayari blog ini saya sarankan supaya baca dan faham dulu apa isi yang ingin disampaikan oleh kerajaan PAS Kedah dalam hal ini. Jangan cepat menuduh, cuba perhatikan bagaimana kedudukan Bukan Islam di Kelantan? Tanya dan selidik daripada mereka kenapa mereka boleh bertahan di bawah pimpinan PAS selama 18 Tahun dan mereka tidak pernaha merungut bahkan setiap kali PRU sokongan mereka semakin bertambah.

Di kelantan tidak ada judi, penyanyi wanita, cuti pada hari Jumaat, tiada pusat hiburan, tiada disko dan banyak lagi benda yang tak elok di tiadakan.

Kenapa mereka tidak memberontak dan kenapa tidak pernah kita dengar pertikaman lidah atau pergaduhan diantara golongan Islam dan Bukan Islam.

Kepada azisirikit:-

1. Sebenarnya banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat.
2. Muzik memang tidak digalakkan dalam Islam (Berdosa)
3. Tidakkah anda merasa berdosa memberi makan dari hasil yang tak elok
4. Jangan jadi macam orang Yahudi yang leka dengan hiburan
5. Ingat Muzik yang anda mainkan akan menyebabkan orang lain lalai

Saja nak ingatkan, jangan marah ye….

Kepada zawawi:-

Saya nak tanya kepada siapa benda ini ditujukan, selama Kedah berada di bawah BN apa pembangunan yang boleh dibanggakan, perlu diingat peruntukan kerajaan PAS dengan BN memang banyak bezanya. Jadi kita kena sedar kemampuan kewangan antara kedua-duanya.

Jangan asyik kita dok leka dengan pembangunan duniawi dan lupa pada pembangunan akhirat, Kita nak mati tak bawa bangunan yang cantik, tak bawa duit yang banyak, tak bawa penyanyi wanita yang cantik. Dan perlu di ingat kat dalam kubur tak ada kedai nombor ekor.

ANAK KEDAH…..

Saya teringin nak tau kerja anda. Kalau anda rasa larangan ini membawa keburukan kepada anda, maka anda kena fikir kalau larangan ini ke arah kebaikan maka anda di pihak yang tidak benar, kalau larangan ini membawa keburukan maka anda dipihak yang tidak benar.

Kalau anda berada di pihak yang tidak benar maka tidak kah saudara merasa berdosa.

Kau orang lelaki ajelah nyanyi ! apa susah. Kau pukul gendang, kau main gitar, drum dan ape2. OK ler tu. Anak Kedah, jgn rasa duit yang hang kirim kat keluarga akan terputus kerana arahan MB Kedah tu. byk keje boleh buat . Org pendatang bawa balik duit kita dah bermilion balik kampong dia. depa x nyanyi pun….ada hang tgk bangla ke, indon ke nyanyi kat pentas tu? gunakan tulang empat kerat je. Dia orang yang membangunkan negeri kita buat bangunan. Betul x ? Mungkin orng tua hang akan rasa lebih hiba dan terharu kalau dpt rezeki dari anaknya yang sanggup bersusah kerana ape? kerana ISLAM… pandai pun. Jgn marah ye… puasa! Assalamualaikum..

azisirikit ni memang jahilliah betul la…. org nak pembangunan islam mu ni plak nak tolak…. baso jenih apo mu ni…. ni jenih artis korok UMNO la ni… kli hati tu dah bekarat biru gak susah la nak cuci…

Sesiapa yang belum faham, keliru, waswas, bolehlah pergi melawat kelantan. Di kelantan ada juga konsert mawi, konsert m.nasir, dll. Aisyah pun pernah juga pergi buat konsert di kelantan. Di kelantan ada satu Enakmen Kawalan Hiburan 1998, artis2 dan lain2 boleh rujuk enakmen tersebut. Saya rasa ia tidak menyekat periuk nasi anda sekelian.

Saya harap jangan buat satu persepsi negetif terhadap kerajaan PAS sebelum faham apa tujuannya. Semak dulu….. Ketua2 agama lain boleh bertemu dengan Tok Guru, saya harap para artis tidak segan silu menemui Tok Guru untuk bertanya hal2 berkaitan dengan periuk nasi anda secara berdepan.

Mekasih

Org bukan Islam ni semakin berlagak. Kalau PAS nak buat sikit yg berkaitan dgn menjaga maruah umat Islam dia ugut konon tak nak bagi undi GE 13. Takpelah kita tunggu dan lihat nanti… Dia ingat semua MP dan Adun DAP dan PKR tu menang sebab undi CINA dgn INDIA je.

Semakin melampau. Gunakan undi sebagai RANSOM.

Tempat aku hanya ada PAS dan DAP. GE 13 aku takkan bagi undi pada DAP lagi.

kalo di Indonesia blum ada seperti itu, cuman beberapa penyanyi yang terlihat seksi yang dicekal.

pls ban all concerts. pls….our youths are behaving like avril lavigne..

to non muslim.why must u feel regret?concert and transparancey are two different things. we feel concert is bad for the youth.dun be so emotional in this. be rational!

Alhamdulillah… Kpd MB Kedah, teruskan hasrat tersebut. Allah pasti menolong mereka yang menolong agamaNya.

kedah kena tiru apa yang PAS dah buat kat kelantan 100%. sebab suasana kedah ngan kelantan sama.

Tinggalkan komen

Statistik Blog

  • 23,783 Hits

Kalendar

September 2008
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Klik Terakhir

  • Tiada

Arkib Blog